Thursday, 10 November 2016

Assignment keusahawanan 2016

PENGENALAN
       Usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya. Takrif bagi perkataan usahawan atau keusahawanan sangat luas dan berbeza mengikut individu. Pertama, perkataan usahawan diertikan dalam konteks perniagaan (perniagaan dalam pengertian umum tanpa membezakan dengan perusahaan). Kedua, ada kecenderungan untuk membezakan diantara peniaga dan usahawan, mungkin perbezaan pada dasar saiz kegiatan atau sifat-sifat lain.
Selain itu , usahawan merupakan antara individu yang penting dalam negara kerana dengan adanya usahawan di dalam sesebuah negara, mereka dapat meningkatkan ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat menaikkan lagi nama Malaysia di mata dunia.
Oleh yang demikian ,dalam usaha untuk menjadi usahawan yang berjaya seseorang individu perlulah mempunyai dan memupuk ciri-ciri usahawan di dalam diri agar perniagaan yang dijalankan bergerak seiring dengan kemajuan dunia . 

TASK 1A) CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (FAILURE IS AN OPTION)


Kegagalan adalah satu pilihan bererti seseorang individu tersebut berhak untuk menentukan kehidupan ke atas dirinya sama ada memilih untuk gagal ataupun berjaya .Jika individu tersebut memilih untuk gagal maka gagal lah sepanjang hidupnya namun jika individu  tersebut memilih untuk berjaya maka kejayaan akan sering hadir dalam hidupnya kerana individu tersebut telah membuat pilihan yang tepat.
Kegagalan adalah satu perkara yang sangat pahit untuk ditelan. Jika kita dapat lihat  kegagalan tersebut dari sudut positif, pasti kegagalan itu akan membawa sebuah kejayaan kepada kehidupan kita. Perkara ini dilalui oleh Pengarah Urusan Butik Fareeda, iaitu Puan Faridah Zakaria.Beliau menganggap kegagalan dalam perniagaannya membuatkan beliau terus bersemangat untuk mengubah corak perniagaan beliau.Keazamanan dan semangat yang kuat membuatkan beliau bangkit semula untuk mencapai kejayaan.Kesungguhan beliau untuk mengubah nasib keluarga menjadikan beliau sentiasa berusaha dan tidak pernah berputus asa, maka lahirlah Butik Fareeda yang menjadi pujaan wanita berhijab pada masa kini .
Beliau  pernah membuka sebuah salun kecantikan di Pulau Pinang. Perniagaan tersebut tidak mendapat sambutan dan hanya bertahan selama setahun lebih sahaja. Selepas kegagalan perniagaan salun kecantikannya, beliau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan dan hal ini memberikan tekanan kepada beliau kerana kehidupanya benar-benar susah ketika itu.
Beliau kemudiannya mendapat idea untuk menghasilkan tudung sendiri untuk dipakai berikutan tiada tudung yang diminatinya. Maka dari situlah bermula rekaan tudung Fareeda dimana rekaan dan potongan tudung adalah ilham beliau sendiri. Beliau telah membuktikan jika kita tidak berani mencuba sesuatu tidak mustahil kita berjaya.


BUDAYA TERBUKA (OPEN CULTURE)
                         
Budaya terbuka merujuk kepada konsep di mana pengetahuan harus disebarkan secara bebas. Penyebaran pengetahuan ini adalah tidak terikat dengan mana-mana perlindungan undang-undang harta intelek semasa seperti pembangunan, penukaran yang telah sedia ada di atas perkongsian dan kerjasama.  Usahawan yang mempunyai ciri ini ialah Vivy Yusof.Vivy Yusof merupakan seorang usahawan, selebriti dan ikon sosial untuk beribu-ribu wanita muda di Malaysia. Beliau merupakan pengasas laman web e-dagang FashionValet.com.
 Beliau memutuskan untuk melancarkan pusat membeli-belah dalam talian yang dinamakan FashionValet.net pada tahun 2009 setelah mendapat pandangan dan persetujuan daripada bapanya. Beliau menubuhkan FashionValet.net (FV)sebagai sebuah hab rekaan fesyen tempatan. Beliau memulakan perniagaan ini dengan rakan-rakan beliau di UK iaitu Asma 'Nasaruddin dan Fadzarudin Maher yang kini merupakan suaminya. Tidak boleh mereka fesyen kerana pendidikan pasangan itu menyimpang jauh daripada dunia fesyen kerana beliau belajar undang-undang manakala suaminya belajar kejuruteraan aeronautik menyebabkan mereka mencontohi syarikat perniagaan dalam talian daripada UK iaitu ASOS. ASOS menawarkan pelbagai jenama pereka di bawah satu bumbung.Bagi membezakan laman web mereka daripada orang lain, Vivy merancang untuk menetapkan hanya jenama tempatan.

PEMERHATI ( OBSERVANT )
   

Pemerhati bermaksud taat, atau dalam konteks perniagaan membawa maksud penglihatan atau lebih spesik dikatakan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu, observant daripada konteks bahasa Melayu ialah seseorang yang memberi perhatian yang banyak dalam melakukan sesuatu perkara ataupun seseorang yang sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan berhati-hati. Individu yang berpandangan jauh merupakan orang yang mempunyai hala tuju yang jelas walaupun diri sendiri belum pasti tentang apa yang akan berlaku (Guanzhi,2015). Usahawan pada masa kini juga perlu pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada kerana peluang-peluang tersebut mampu membawa kepada organisasi (Rosli Mahmood et al., 2015).
 Brian Loo Woi Lip,CEO chatime Malaysia.Beliau tersenarai sebagai salah seorang top usahawan Malaysia.Di sini ciri pemerhati(observant) beliau melihat peluang di dalam bidang minuman teh kerana kebanyakan perniagaan di malaysia lebih memfokuskan  kepada minuman jenis kopi dan kaffeine tetapi bagi minuman jenis teh masih kurang dalam perniagaan di Malaysia.Maka dengan itu,brian bersama-sama bapanya pergi ke taiwan untuk mengkaji perniagaan teh tersebut.Antara pencapaian yang dicapai oleh Bryan ialah beliau berjaya menjadikan Chatime sebagai satu jenama minuman yang terkenal di Malaysia dengan 145 cawangan di seluruh Malaysia.Beliau berjaya mengatasi pelbagai cabaran sama ada di dalam syarikat mahupun di luar syarikat untuk membudayakan’ tea culture’ dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

KERJA BERPASUKAN ( TEAM ORIENTED )

Seorang usahawan dianggap mempunyai ciri kerja berpasukan sekiranya mereka mengambil kira pendapat orang lain dalam sesebuah kumpulan atau organisasi. Sesebuah kumpulan itu terdiri daripada individu-individu yang bekerjasama untuk mencapai matlamat dan misi yang ditetapkan. Kerja berpasukan wujud apabila seorang usahawan tidak hanya mengambil kira idea-idea beliau sendiri malah mengambil kira pandangan ahli di dalam sesebuah kumpulan. 
 Dato kamarudin merupakan satu nama besar dalam bidang perniaagan  dan keusahawanan di malaysia bahkan di peringkat antarabangsa. Dato’ kamarudin bin meranun merupakan seorang usahawan yang mementingkan semangat kerja berpasukan. Beliau merupakan satu bintang besar yang berdiri teguh di belakang  Datuk Seri Anthony Fernandes dalam kejayaan syarikat penerbangan Air Asia yang menawarkan penerbangan tambang rendah. Kejayaan Air Asia merupakan satu contoh ciri semangat kerja berpasukan yang diamalkan oleh beliau. Dato’ Kamarudin bin Meranun dan Datuk Seri Anthony Fernandes saling melengkapi antara satu sama lain untuk membentuk Air Asia. Berkat semangat berpasukan yang diamalkan,Air Asia kini menjadi sebuah syarikat penerbangan yang terkenal di peringkat global (Normala, 2015). Selain itu, prinsip-prinsip penjenamaan penerbangan tambang murah telah sama-sama difahami oleh beliau dan kakitangan Air Asia dan ini turut menyumbang kepada punca kejayaan Air Asia (Normala, 2015).

PROAKTIF (PROACTIVE)

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka 2007, proaktif didefinisikan sebagai sikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Selain itu, proaktif merupakan satu sifat berani dan tekad dalam membuat sesuatu keputusan yang mengandungi idea idea menarik dan melakukan sesuatu perubahan berdasarkan prinsip prinsip dan nilai mengikut keadaan sekeliling. Hal ini turut diakui oleh Coway melalui karyanya “ usahawan yang proaktif perlu bertanggungjawab keatas semua keputusan pada masa kini atau masa lampau “ .

       Usahawan yang memiliki ciri proaktif ialah Tan Sri Dato Dr Tony Fernandes atau beliau lebih dikenali sebagai Tony Fernandes.Orang ramai berpendapat bahawa Tony Fernandes telah menjadi gila kerana membuat keputusan untuk membeli syarikat penerbangan Air Asia. Hal ini demikian kerana, orang ramai tidak lagi berani untuk menaiki  kapal terbang pada ketika itu. Mereka turut membuat ramalan bahawa syarikat Air Asia akan muflis. Namun, selepas satu tahun syarikat Air Asia beroperasi dibawah penguasaan Tony Fernandes, Air Asia telah mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan dan perangkaan semula organisasi Air Asia oleh Tony Fernandes telah membawa perubahan dan keuntungan yang besar dalam tempoh masa yang pendek.Hal ini dapat dikukuhkan lagi apabila pada tahun 2003, Air Asia telah menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebagai hab Air Asia yang kedua kerana kedudukannya yang strategi kerana berdekatan dengan Singapura. 

       Selain itu, Air Asia turut meluaskan anak syarikatnya hingga ke Thailand.Pada November 2004, syarikat Air Asia telah mengalami permintaan tawaran saham (IPO) iaitu sebanyak 130 peratus. Kejayaan Air Asia dapat dilihat pada tahun berikutnya apabila Air Asia mengumumkan pakatan penajaan dengan kelab bola sepak Manchester United yang menyaksikan iklan Air Asia muncul di Stadium Old Trafford di kota Manchester. Kejayaan kejayaan yang diperoleh oleh Air Asia setelah diambilalih oleh Tony Fernandes telah membuktikan bahawa Tony Fernandes merupakan seorang usahawan yang proaktif. Hal ini dapat dilihat apabila beliau dengan beraninya mengambil keputusan memajakkan tanah rumahnya dan menggunakan semua wang simpanannya untuk membangunkan syarikat Air Asia pada ketika itu.

MENGAMBIL RISIKO TERBUKA (OPEN RISK TAKER)

Menurut ( Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1996) Mengambil risiko terbuka bermaksud berani menjalani kehidupan itu sendiri. Selain itu, mengambil risiko terbuka juga membawa maksud berani menghadapi risiko yang besar walaupun tiada apa-apa jaminan yang akan melindunginya ketika ditimpa sebarang masalah pada masa hadapan. Bicara mengenai risiko, seperti kata William J.Bernstien dalam bukunya “ The Four Pillars Of  investing,”..risiko sukar untuk didefinasikan, tetapi kita akan mengetahuinya apabila kita telah melihatnya atau telah menjalaninya. kita dapat mencontohi seorang pemimpin perniagaan yang mempunyai sifat mengambil risiko terbuka ini iaitu Dato’ Haji Ramly Bin Mohni. Beliau merupakan pengasas produk makanan Bumiputera yang berasaskan daging lembu, ayam dan hasil laut berjenama RAMLY . Syarikat Ramly Food Processing Sdn. Bhd. diasaskan pada tahun 1984 oleh Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap . Produk ini dihasilkan dari cetusan idea Dato’ Haji Ramly untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Bagi pengusaha makanan sejuk beku ini, kejayaan tidak dapat dinikmati dalam sekelip mata tetapi perlu berdepan pelbagai risiko.  Berbekalkan keyakinan  dan kecekalan hati, beliau telah berjaya mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga  berjaya membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari.Merungkap pembabitan beliau pada awal tahun 1970an beliau bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasaraya di ibu kota.  Kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti status halalnya telah memberikannya cetusan  idea dan inspirasi kepada beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang halal . Sikap yang ditunjukkan ini  menunjukkan bahawa beliau seorang yang berani mengambil risiko walaupun terdapat banyak halangan yang harus ditempuh. Namun setiap halangan tidak mematahkan semangat untuk membuatkan beliau terus menjadi seorang usahawan yang berjaya.

BERWAWASAN (VISIONARY)


Berwawasan ditakrifkan sebagai berpandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan dan berjaya membentuk tamadun yang harmoni menurut sumber prpm.gov.com iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu.  Identiti seorang usahawan dapat dilihat melalui sifat yang tidak mudah berputus asa, berdaya saing, bersemangat dan berwawasan dalam apa yang dilakukannya. Datuk Jimmy Choo seorang figura yang sangat dikenali dengan rekaan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau sering mendapatkan ilham dan inspirasi rekaannya dari alam sekitar dan semula jadi. , Datuk Jimmy Choo diinsprirasikan sebagai seorang yang berwawasan dengan keupayaannya yang tinggi dan bijak mengesan peluang keemasan yang ada dengan mereka kasut yang eksklusif dan mewah.  Pada tahun pertama pengajiannya, bapanya menanggung yuran pengajiannya, tetapi untuk 3 tahun seterusnya, segala yuran ditanggung sendiri olehnya dengan cara beliau melakukan kerja sambilan sebagai pencuci di restoran dan juga kilang kasut demi membiayai pengajiannya. Selepas empat tahun bersusah payah menghabiskan pengajiannya, beliau membuka kedai sendiri dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan.  Sekitar tahun 1990, mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya, beliau amat sukai dengan rekaan Datuk Jimmy Choo dan telah menyerlahkan kredibiliti Datuk Jimmy Choo sehingga terus melonjak di persada antarabangsa dan mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue.
Keberkesanan produk yang dijenamakan oleh Datuk Jimmy Choo memupuk sikap kewawasanan dalam diri para usahawan bagi meningkat produktiviti yang dihasilkan seiring dengan mentor mereka.  Langkah bermula dari bawah amatlah produktif bagi melahirkan usahawan yang berinovasi, efisien dan intelektual.

BERORIENTASIKAN HASIL (OUTCOME ORIENTED)

Berorientasikan hasil ditakrifkan sebagai menghasilkan atau menjual produk atau perkhidmatan yang bermutu tinggi.  Usahawan yang berjaya bijak membuat perbandingan mutu produk yang dikeluarkan seiring dengan jenama lain.  Dato’ Aliff Syukri atau lebih sinonim dengan gelaran ‘terlajak laris’ merupakan pengasas D’Herbs Holding yang ditubuhkan pada September 2010 yang hanya beroperasi di lot kedai 2 tingkat dengan seorang pekerja dan berjenamakan 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelangsingan, Minumaman Kesihatan Wanita, dan Lipstick Rawatan Bibir. Produk rangkaian kesihatan keluaran Dato’ Aliff Syukri bukanlah produk jaguh kampung tetapi telah menempa nama sebagai produk pilihan orang ramai di Putra Brands Award.  Siapa sangka produk D’herbs yang dulunya berada dipasar-pasar tani, kini telah menjadi jenama yang dikenali ramai dan terpahat di dalam hati rakyat Malaysia dari usia muda hingga ke usia emas.
     Dato’ Aliff Syukri disifatkan sebagai figura yang berkaliber dalam pelaksanaan kerjayanya bagi memastikan produktiviti yang dijenamakan menarik perhatian pengguna.  D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan beliau juga membuka ruang dan peluang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.  Perkhidmatan beliau juga menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan. Produk yang dihasilkan dalam satu aliran lengkap bermula dari penyelidikan dan pembangunan produk (R&D), penghasilan, pengeluaran, dan pembungkusan produk dengan mempraktikkan sistem amalan perkilangan terbaik dalam menjamin hasil produk yang berkualiti terbaik menjadikan inovasi produktiviti yang dikeluarkan melonjak ke arah yang lebih baik.    Beliau kini telah berjaya menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.


RANGKAIAN (NETWORKED)

Rangkaian didefinisikan sebagai sistem perangkaian yang mempunyai dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber, bertukar fail dan berkomunikasi. Ia akan dihubungkan menggunakan kabel, gelombang radio, satelit dan cahaya infra merah. Usahawan yang menggunakan rangkaian didalam perniagaannya ialah Michael Saul Dell atau lebih dikenali sebagai Michael Dell.Michael Dell mula memasuki alam perniagaan pada usia 15 tahun, apabila beliau bertindak membuka komponen komponen komputer Apple II dan memasangkan komponen komponen itu semula untuk melihat adakah beliau berjaya menghidupkan kembali komputer itu seperti sediakala.Berkat usaha Michael Dell, perniagaan beliau telah berganti nama dari PC’s Limited kepada Dell Computer Corporation dan akhir sekali menjadi Dell. Inc. Produk Dell bukan hanya sekadar menjual komputer peribadi (PC) malah turut menjual komputer riba (laptop), komputer server, media penyimpanan (storage), printer, MP3. Kini penjualan barangan keluaran Dell mecapai rata rata $30 juta sehari. 
Pada tahun 1992, Michael Dell telah menjadi CEO termuda dalam sejarah perniagaan apabila memiliki sebuah syarikat besar dan nama syarikat beliau iaitu Dell.Inc telah disenarai dalam majalah Fortune dari 500 syarikat teratas yang lain. Walaubagaimanapun, pada tahun 2004 Michael Dell telah mengundurkan diri sebagai CEO syarikat, tetapi beliau tetap menjadi ketua lembaga pengarah dan masih berkhidmat di Dewan Yayasan Forum Ekonomi Dunia dan jawatankuasa eksekutif Dewan Perniagaan Antarabangsa. Beliau turut menjadi lembaga penasihat presiden Amerika Syarikat pada ketika itu.Tindakan tindakan yang diambil oleh Michael Dell pada awal penubuhan perniagaan beliau membuktikan bahawa beliau merupakan usahawan yang menggunakan rangkaian didalam perniagaannya. Hal ini dapat dilihat pada awal penubuhan syarikat Dell, apabila Michael Dell menggunakan rangkaian dalam memasarkan produknya.
TASK B
2.1 BIOGRAFI TOKOH USAHAWAN

Nama : Jimmy choo
Umur : 68 tahun
Jawatan:  Pengurusan Atasan Syarikat Jimmy Choo Ltd.

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka 2007, proaktif didefinisikan sebagai sikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Selain itu, proaktif merupakan satu sifat berani dan tekad dalam membuat sesuatu keputusan yang mengandungi idea idea menarik dan melakukan sesuatu perubahan berdasarkan prinsip prinsip dan nilai mengikut keadaan sekeliling. Hal ini turut diakui oleh Coway melalui karyanya “ usahawan yang proaktif perlu bertanggungjawab keatas semua keputusan pada masa kini atau masa lampau “
Sifat proaktif ini dikaitkan dengan usahawan terkenal iaitu Jimmy Choo. Pada permulaan penubuhan perniagaannya Jimmy Choo telah mengambil keputusan untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa bekas hospital yang ditinggalkan. Meskipun beliau terpaksa mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya yang merosot. Setelah berusaha keras, rekaan beliau mula mendapat liputan di Majalah Vogue iaitu sebuah majalah fesyen terkenal di United Kingdom nama Jimmy Choo mula dikenali tetapi liputan itu hanya mampu menaikkan namanya sekejap sahaja kemudian jualan kasut beliau mulai merosot.
Pada tahun 1990, nama Jimmy Choo mula melonjak naik apabila mendiang Puteri Diana dari Wales berkenan dengan setiap rekaan Jimmy Choo. Hal ini telah menyebabkan nama beliau terus melonjak dipersada antarabangsa. Setelah beberapa tahun, beliau mula menjalinkan hubungan sebagai rakan kongsi dengan Tamara Mellon, iaitu editor British Vogue. Tamara Mellon menjadi rakan kongsi Jimmy Choo untuk memulakan sebuah syarikat pengeluaran kasut yang berpusat di Itali untuk mengeluarkan kasut dalam kuantiti yang besar. Pernigaan kasut Jimmy Choo mula berkembang selepas menjadi rakan kongsi Tamara Mellon.
Jimmy Choo boleh disifatkan sebagai seorang usahawan yang proaktif kerana beliau sanggup mengambil risiko untuk membuka kedai kasut selepas tamat pengajian di London. Meskipun pada permulaan perniagaan beliau, kurang mendapat sambutan dan jualan merosot selama beberapa tahun beliau masih berusaha dan sama sekali tidak berputus asa.
KERJA BERPASUKAN (TEAM ORIENTED)
Rangkaian merupakan satu alat perniagan yang memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan usahawan. Usahawan yang mempunyai rangkaian yang cekap dan efektif merupakan satu kelebihan terhadap perniagaan.

Jimmy choo merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri kerja berpasukan. Pada tahun 1996,beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon,editor British Vogue. Tamara Mellon menjadi rakan kongsi bersama Jimmy Choo untuk memulakan sebuah syarikat pengeluaran kasut yang berpusat di Itali untuk mengeluarkan kasut dalam kuantiti yang banyak. Beliau bersama Tamara Mellon telah bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan untuk menaikkan lagi jenama kasut Jimmy Choo.

MENGAMBIL RISIKO TERBUKA(OPEN RISK TAKER)
Jimmy Choo mengambil risiko iaitu dengan menyewa bangunan untuk menjual kasut dan mengambil masa selama 4 tahun akhirnya rekaan beliau telah mendapat perhatian daripada orang ramai. Ini telah mebuktikan bahwa selama 4 tahun beliau sudah mampu mencipta nama di dalam sebuah majalah terkenal iaitu majalah Vogue yang terkenal di United Kingdom. Dengan ini, nama beliau semakin mendapat perhatian.
Walaupun pada awalnya harga jualan kasut beliau tidak seimbang namun apabila Puteri Diana menyukai hasil rekaan beliau, ini telah menjadi batu loncatan kepada beliau untuk meningkatkan lagi hasil jualan beliau. Justeru itu, beliau merupakan seorang tokoh yang sanggup mengambil risiko terbuka dan telah berjaya mencipta nama di persada antarabangsa.  

BERWAWASAN(VISIONARY)
Datuk Jimmy Choo diklasikasikan seorang figura yang berwawasan selain kemahiran yang tiada tandingannya.  Kebanyakan ilham diilhamkan dari alam semula jadi.  Beliau bijak mengambil peluang yang sedia ada dalam mempamerkan produktiviti.  Keberkesanan produk yang diwujudkan oleh Dato Jimmy Choo telah memupuk sikap kewawasanan selain menjadikan diri lebih efisyen juga intelektual.  Seterusnya, beliau mempunyai pemikiran yang jauh kerana sering berurusan dengan oihak-pihak luar dan seringkali berjaya kesemuanya perbincangan tersebut.  Bagi Datuk Jimmy Choo, kesungguhan dalam mengharungi pelbagai rintangan serta cabaran merupakan langkah permulaan kejayaan beliau. Akhir kata, perjuangan dan semangat yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu mendidik diri menjadi seorang yang berwawasan.

KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (FAILURE IS AN OPTION)
   Ciri ini membawa maksud bahawa seseorang usahawan itu  dapat memotivasikan diri sendiri bahawa kegagalan itu bukanlah satu penghalang kepada diri mereka untuk mencapai cita-cita dan juga untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
   Tokoh yang kami pilih yang mempunyai ciri ini  ialah Datuk Jimmy Choo . Datuk Jimmy Choo, merupakan seorang pereka kasut yang terkenal di Malaysia dan  juga di luar negara. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh beliau adalah selepas beliau tamat pengajiannya di London. Datuk Jimmy Choo cuba untuk membuka kedai kasut dengan menyewa bangunan hospital yang ditinggalkan oleh Malaysia tetapi dengan dukacitanya perniagaan beliau tidak mendapat sambutan jualan yang menggalakkan selama empat tahun.  Selepas empat tahun berlalu, nasib Datuk Jimmy Choo berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan kasut yang dibuat oleh beliau dan Puteri Diana membelinya. Kini, jenama Datuk Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan serata dunia.

3.0  RUMUSAN
Usahawan dilihat sebagai modal insan dalam struktur pentadbiran organisasi sesebuah produktiviti yang diusahakan.  Melalui integriti seseorang usahawan, ia telah menjana peningkatan ekonomi negara ke arah yang lebih maju, berdaya saing dan setaraf dengan negara maju yang lain.  Setiap usahawan yang berjaya mempunyai sebab dan matlamat yang tersendiri di samping ciri-ciri keusahawanan yang kuat di dalam diri.  Seterusnya, kredibiliti usahawan yang positif mendorong kepada kejayaan yang terulung dalam pengorganisasian sesebuah pengeluaran yang telah dibangunkan.  Usahawan boleh mencontohi segala magnet positif yang dikongsikan oleh mereka yang telah berjaya dan menjadi usahawan terkemuka dunia sebagai pembimbing.  Setiap usahawan mempunyai peluang yang luas dalam bidang keusahawanan terutamanya bagi mereka yang tekad dan bersungguh-sungguh untuk menggapai kecemerlangan dalam bidang ini.  Akhir sekali, setiap individu perlu berusaha dengan konsisten bagi mencapai kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi seterusnya menempa nama dalam senarai usahawan terkemuka dunia selain meningkatkan mutu ekonomi negara juga memaparkan produktiviti diri kepada mereka.
.           





































No comments:

Post a Comment